Tuesday, October 7, 2014

Telur berdiri pada malam gerhana?



Sebagaimana kita dimaklumkan, malam ini akan berlaku gerhana bulan penuh, 
peristiwa bukan lagi suatu yang pelik,
antara tanda-tanda kiamat kecil ialah ;
gerhana bulan / matahari semakin kerap berlaku.

Saya masih ingat, gerhana bulan bulan penuh ini berlaku pada akhir tahun 2011, 
dalam bulan Jun 2011 saya menghadiri kursu Ilmu Falak, satu bidang disiplin yang sangat saya suka..

dan penyampainya adalah pensyarah kegemaran ketika di KUSZA, masa tu saya join Kelab Ilmu Falak, pernah la tengok live Gerhana Bulan di Balai Cerap, Merang.

Sangat indah!

Sebelum berlakunya gerhana pada tahun 2011 tu, beliau dipanggil untuk berbual /memberi pengetahuan melalui satu program sebuah stesen tv.

Apa yang menariknya, beliau mendedahkan telur boleh berdiri tegak pada malam tersebut.
Dan saya buat. Ianya terbukti. Kagum melihat kekuasaan ALLAH. Telur berdiri tegak dengan sendirinya.

Tapi masa tu tak terfikir nak ambik gambar. takjub sesama ahli keluarga jer..
jadi saya google, ini yang saya dapat;-


Eksperimen oleh Mohd Ezli Mashut (lebih kurang jam 10.40 malam ketika Gerhana Bulan Penuh)Experimen ini dilakukan oleh saudara Mohd Ezli Mashut, seorang Journalist. 

Beliau telah melakukan ujian menegakkan telur ayam pada ketika Gerhana Bulan Penuh, menurut beliau ketika ini tarikan graviti amat kuat. Ketika ujikaji dilakukan, iaitu lebih kurang pada Jam 10:40 malam, diberitahu bahawa ketika itu tarikan graviti semakin kuat.

Ianya berlaku kesan daripada kedudukan bumi, bulan dan matahari berada dalam satu garisan sewaktu gerhana yang menyebabkan wujudnya tarikan graviti ke atas.

Dalam keadaan ini, putih telur dikatakan tertarik ke bahagian atas manakala kuning telur yang sedikit berat berada di bahagian bawah sekaligus mewujudkan keseimbangan.

Prinsip yang sama juga berlaku kepada kejadian pasang surut air laut. Jika dalam keadaan gerhana, di mana bumi, bulan dan matahari berada di dalam satu garisan, maka akan berlakulah air pasang perbani atau disebut juga air pasang besar.

Berdasarkan pendapat saintis, di antara matahari dan bumi terdapat garis medan gravitasi yang mampu mempengaruhi elektron dalam telur sehingga menjadi stabil, sekali gus membolehkannya berdiri tegak.

sumber ; Google
sumber ; google
sumber ; Google
Semasa berlaku gerhana bulan penuh, bulan, bumi dan matahari berada dalam 1 garisan lurus.

Betapa indahnya suasana kejadian alam semula jadi ciptaan ALLAH.

Sebagai seorang Muslim, apa pula yang seharusnya kita lakukan apabila berlaku kejadian gerhana di tempat kita? 

Kita disunatkan mendirikan solat sunat gerhana. Hukumnya sunat muakkad.Sabda Nabi Muhammad s.a.w,

إِنَّ الشَّمْسَ  وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ  لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ
 ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا

Maksudnya,  “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”

Solat sunat gerhana dilakukan sepanjang gerhana itu terjadi. Dilakukan dua rakaat, tetapi yang membezakan solat sunat ini dengan solat sunat yang lain iaitu dengan dilakukan dua qiam. dua ruku’ dalam satu rakaat. 

Bunyinya pelik?

Pada rakaat pertama, selepas berniat, macam biasa, baca surah fatihah, dan surah pilihan, kita ruku’.
 Selepas ruku’, biasanya kita i’tidal untuk kita bersujud selepas itu. 

Tetapi apabila kita i’tidal, kita baca surah fatihah dan surah pilihan kali kedua , masih pada rakaat pertama. Susunan secara ringkas seperti ini:- 

  1. Niat dan takbiratul ihram - Niat solat sunat gerhana Bulan:

    أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
    Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

    Niat solat gerhana Matahari:
    أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
    Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”
  2. surah Al Fatihah
  3. surah pilihan
  4. ruku’
  5. i’tidal
  6. baca surah fatihah
  7. baca surah pilihan-ruku’
  8. i’tidal
  9. sujud
  10. duduk antara dua sujud
  11. sujud kedua
  12. bangun untuk rakaat kedua
  13. Rakaat kedua ulang seperti di atas (bermula al Fatihah pertama), juga dibuat dua kali fatihah/dua kali ruku’.
Jika dibuat di masjid, atau di surau, sunat diadakah khutbah, selepas solat sunat gerhana, walaupun gerhana telahpun habis.

Dalil disyariatkan Solat sunat gerhana:

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ.
 Maksud: Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu”

dari Aisyah r.a. berkata :
ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان
من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.

 Ertinya : Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana” 



Friday, October 3, 2014

AWAS! Hadis palsu sempena Hari Arafah

انتشر هذا الحديث المحرف ..

( يوم عرفة ترفع جميع آلآعمآل إلى آلله مآ عدآ ''آلمتخآصمين'' )

هذا حديث محرف. ؤلا يوجد نص كهذا ،، 
-------------------------------------------------

فـــ #النصوص_الصحيحه

(*) قال عليه الصلاة والسلام
(" إن الأعمال ترفع يوم الاثنين والخميس ، فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم ")
صححه الألباني في صحيح إلجامعه برقم 1583

(*) ؤقال عليه الصلاة والسلام ؛- 
(" إن أعمال بني آدم تعرض كل خميس ليلة الجمعة فلا يقبل عمل قاطع رحم ") 
حسنه الألباني في صحيح الترغيب برقم 2538

(*) ؤقال أيضا ( تعرض الأعمال في كل يوم خميس واثنين : فيغفر اللَّـه عز وجل في ذلك اليوم لكل أمرئ لا يشرك باللَّـه شيئاً 
إلا أمرأً كانت بينه وبين أخيه شحناء ، فيقال ،، اركوا هذين حتى يصطلحا ، اركوا هذين حتى يصطلحا ) #اركوا بالراء الساكنة وضم الكاف والهمزة في أوله وصل أي أخروا .
رواه مسلم في صحيحه برقم 2565

------------------------------------------------- 
(*) وارجو من الأخوة المحبين للخير التأكد من صحة ماينشرون ، لأن النبي صلى اللَّـه عليه وسلم يقول (كفى بالمرء كذباً أن يحدث بكل ما سمع). رواه مسلم
Telah tersebar sebuah hadis palsu yang menyatakan bahawa NABI SAW bersabda:

“Diangkat segala amalan kepada Allah pada hari Arafah melainkan orang yang saling bergaduh.”

Apabila diteliti, hadis di atas palsu tetapi pengajaran-pengajarannya terdapat dalam hadis-hadis yang sahih. Antaranya;

(1) Amalan diangkat pada hari Isnin dan Khamis, aku adalah orang yang suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa.
- HR At-Tirmizi: 747, Sahih.

(2) Amalan keturunan Adam akan dibentangkan pada setiap hari Khamis malam Jumaat. Tetapi tidak diterima amalan orang yang memutuskan silaturahim.
- HR Ahmad: 10272, Hasan.

(3) Dibentangkan segala amalan pada setiap hari Khamis dan Isnin. Lalu Allah mengampunkan setiap orang yang tidak mensyirikkan Allah pada hari itu. Melainkan seseorang yang terdapat permusuhan antara dia dan saudaranya. Lalu dikatakan kepada para malaikat, 'Tinggalkan dahulu mereka berdua ini, sehinggalah mereka berdamai, Tinggalkan dahulu mereka berdua ini, sehinggalah mereka berdamai.”

- HR Muslim: 2565. Sahih

Set Penjagaan Kulit Nutri White

1. Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15

Licin serta kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari dan Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit, pelembap yang bertindak daripada semua sudut ini melindungi anda daripada kesan-kesan memudaratkan cahaya matahari dan membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran

2. Overnight Renewal Whitening Cream

Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur
Linden menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam
Scullcap mencerah dan menghilangkan radang kulit
Vitamin C aktif mengurangkan tompok-tompok hitam serta mengembalikan keserian wajah
Pada waktu pagi, anda akan bangun dengan kulit yang gebu, halus, cerah dan Persers

3. Gentle Deep Foaming Cleanser

Membersihkan dan menyegarkan kulit
Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
Lembut dan menyegarkan

4. Soothing Radiance Whitening Softener

Ia lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang
Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary
Kudzu menegangkan dan mencerahkan
Marshmallow melembapkan
Ianya sangat berkesan

5. Gentle Action Makeup Remover

Menjadikan kulit anda licin, lembut dan berseri
Tunas Pokok Bic menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan
Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit
Lembut, tidak berminyak, dan kulit anda akan kelihatan lebih berseri

6. Daily Defense Whitening Essence

Cara yang menyenangkan untuk mendapatkan kulit muka yang licin dan berseri yang diformulasi dengan:
Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit,
Strawberi Begonia untuk mengimbangkan pigmen
Kacang Soya untuk melembutkan dan mengurangkan tompok-tompok hitam
Mulberi untuk mencegah daripada kerosakan kesan daripada cahaya matahari
Di samping itu, Vitamin C aktif ditambah untuk memperbaiki kulit serta mengembalikan seri wajah
Lembut dan mudah diserap oleh kulit

7. Spot Whitening Treatment

Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat
Kuasa pencerahan botani dihasilkan daripada pati Likuoris dan Peony, yang amat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit
Cats Claw menegangkan kulit
Vitamin C aktif membawa kecerahan yang baru untuk kulit anda dengan rawak wajah yang lebih

♥♥

Pengedar Shaklee di Dungun
Farid Dahlia
013 949 3257



Thursday, October 2, 2014

Bakal haji dan hajah yang comel

Comel, kan..?
Kecik2 dah berihram bagai...

Alhamdulillah, semoga impian mereka menjadi kenyataan..
menjadi TETAMU ALLAH di usi semuda mungkin...

Anak kecil ibarat kain putih,
Ibu bapalah yang mencorakkan nya,
Abstrakkah, batikkah, panoramakah, 

Atau hanya tumpahan cat yang kotor,
tanpa sebarang seni di situ..


Bila mati seorang anak adam,
terputuslah amalannya kecuali 3,
salah satu daripadanya,
Doa ANAK YANG SOLEH..

Bagaimana mungkin seorang anak menjadi Soleh jika
ibu banya menconteng dengan Toleh..

Jika sedari kecil anak tidak diajar mengenali Tuhan,
bagaimana besar nanti dia akan takutkan Tuhan,

Jika sedari kecil anak diajar dengan nyanyian,
bagaimana saat kita mati mereka boleh hadiahkan al Quran..


Wahai ibu bapa yang budiman,
anak adalah ASET paling BERHARGA,

Anak2 bakal menentukan,
ke syurgakah kita?

Atau ke nerakakah kita...?

Wednesday, October 1, 2014

Catatan sempena kenaikan harga minyak.

RAKYAT DIPAKSA TELAN TANPA PILIHAN - SAIFUL NANG

Jika saya tinggal di London, New York atau paling terukpun di Guangzhao, Melbourne jika minyak naik saya tak terasa pun. Alternatif disediakan untuk saya sampai dari sejauh zon 6 Kota London ke tengah bandar ataupun ke zon 6 arah berlainan dalam masa kurang 1 jam sekalipun semasa penyuraian waktu puncak. Apa nak risau jika Tuan Mayor Kota London juga naik train ke tempat kerja, untuk mesyuarat dengan pelanggan di mana-mana sahaja juga boleh naik train. Belanja pun tak banyak, guna sahaja kad bulanan mereka itu boleh sahaja melacak ke seluruh London. Untuk ke Manchester, Nottingham (seperti kita nak ke Kota Bharu dan Kuala Terengganu) boleh guna train juga dengan kekerapan tinggi dan HARGA YANG MURAH (jika nak banding dengan pendapatan mereka, harga itu memang murah). 

Hari ini kita dipaksa untuk telan kenaikan harga tanpa kerajaan tuntaskan keperluan pengangkutan awam yang sangat parah. Naik bas pun tidak pasti boleh sampai ke pejabat tepat atau awal dari masa walaupun ada lorong khusus untuk bas. Saya minat melihat lorong bas di Istanbul seperti track keretapi yang tidak boleh dilalui kereta. Tak perlu buat landasan dan tak perlu beli keretapi mahal-mahal. Guna bas sedia ada juga sudah lebih baik dari membuat projek pelebaran lebuhraya. Sampai kita ada 50 lorong pun masih tetap tak cukup. 

Tindakan pentingkan diri juga boleh disabitkan. Jika hebat pengangkutan awam nanti Proton punya jualan merosot pula. Dr. M tak akan berdiam diri. 

Malaysia sudah diwarisi kepada Datuk Seri Najib Razak dalam keadaan yang sudah parah. Dapat pula ke tangan anak yang lahir atas dulang emas yang tidak pernah merasai kesusahan rakyat secara realistik dan peribadi. Saya tersinggung semasa pertemuan bersama beliau dalam satu perbincangan "tehtarik" di Jibby & Co Subang awal tahun ini, beliau berseloroh tentang isu air dan saya lihat ia tidak kelakar langsung. Pada keadaan gawat air dengan penggunaannya bercatu dengan asbab beberapa dari kami bercatu air di rumah sehingga mandipun nak bercatu, beliau boleh berseloroh "Saya boleh mandi...rumah saya ada air" (lalu ketawa). 

Saya tahu ini pedas untuk Datuk Seri dan saya juga harap tak perlu nak katakan ini secara umum. Email cadangan berkajang-kajangpun, yang membacanya bukan dia tetapi ditapis oleh lapisan yang mungkin lihat ini remeh. Tapi kita lupa, jika suara rakyat ini seperti air. Jika disekat dia akan melimpah juga sehingga satu ketika limpahan itu akan meruntuhkan empangan yang dibina selama 57 tahun. 

Petronas diajar untuk mengatakan rezab minyak kita tinggal sedikit, tetapi kerajaan lupa jurutera-jurutera carigali Petronas ada mulut dan ada Facebook. Mereka boleh bercakap dan mereka selalu bercakap rezab minyak kita sangat banyak lagi. Sekecil Brunei itu sendiri rezab minyaknya masih lagi tidak habis-habis dan tidak akan habis sehingga 2030, mengapa kita boleh fikir rezab kita akan habis pada 2030-an?

Masalah bila orang senang mentadbir, semuanya mahu dibeli dengan wang. Berikan rakyat BR1M sebagai gula-gula yang tidak mengenyangkan dan tidak juga berkhasiat. Wang tunai ditabur-tabur seperti Ali Baba Bujang Lapok memberi sedekah di pasar-pasar. 

Turunlah Datuk Seri, Turunlah....

Bukan turun meletak jawatan, tetapi sebelum itu turunlah melihat SENDIRI kepayahan rakyat. Mungkin susah untuk Datuk Seri tahu sehingga Datuk Seri menerima gaji RM1500 sebulan dan perlu berulang alik dengan kereta sendiri yang berhutang dengan bank dengan kadar faedah bank konvensional dan "Islamik" tapi menjerut leher. Isi minyak sendiri dan bayar tol sendiri juga bayaran parking. Makan dengan bekal nasi yang dimasak oleh Datin Seri Rosmah sendiri. Mungkin baru boleh memahami dengan sebenar-benarnya. 

Secara praktikal, itu mungkin sukar tetapi kami yakin Datuk Seri boleh turun dan lihat sendiri dan dengar sendiri kata-kata rakyat tanpa perlu protokol Perdana Menteri yang kadangkala mengarut dan menjarakkan informasi rakyat kepada Datuk Seri. Jika rakyat tak mampu sampaikan terus, rakyat akan sampaikan dalam media sosial. 

Untuk pengetahuan Datuk Seri, jika Datuk Seri buat lawatan ke sesuatu tempat, orang-orang Datuk Seri akan jadikan tempat sampah nampak macam Hyde Park. Setinggan nampak macam hotel 5 bintang tetapi setelah Datuk Seri pulang, semuanya dicabut semula dan tinggallah semuanya dalam keadaan sediakala sementara Datuk Seri dengan bangga membuat kenyataan "SYUKURKAH, MALAYSIA SUDAH MAJU".

Apabila minyak naik harga, kesannya tetap kesan domino. Janganlah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Menteri Ayam) membuat kenyataakn memujuk yang harga barang tidak akan naik. Saban kali berlaku begitu, harga naik tetap naik. Penguatkuasaan kementeriaan hanya sekadar seperti seorang bapa menegur anak nakalnya yang panjat-panjat rumah tetamu dan memecahkan pinggan dengan teguran "Haiiippppp....babab kangg" dan kemudian sambung bersembang semula. 

Dulu semasa saya kecil, saya terpaksa percaya pada RTM. TV3 masa tu kalau nak dapat siaran pun kena pasang tudung periuk di antena. Setiap kali nak pilihanraya, Van Kementerian Penerangan akan buat hebahan WAYANG PACAK di pekan sehari Felda. Ramai-ramai kami berlonggok nak tengok cerita A.R Badul sambil hampar tikar dan kami juga terpaksa telan kempen pilihanraya yang main dalam wayang pacak ini. Sekarang surat khabar dan TV sudah bukan sumber doktrinisasi kerajaan lagi, kami boleh dengar terus dari suara rakyat di sebelah sana juga sebelah sini tanpa perlu mereka menjadi pemberita. 

Datuk Seri, buanglah darah kerabat dan darah bangsawan yang ada dalam diri. Bercampurlah dengan marhaen yang sering terpaksa menelan semua yang disuapkan tanpa rela. 

Datuk Seri mungkin lihat, selepas beberapa bulan rakyat akan senyap kembali dan semuanya berjalan seperti biasa dan Datuk Seri akan buat kenyataan "Alhamdulillah, Rakyat Malaysia sudah mampu terima kemajuan". 

Boleh naikkan harga minyak, tetapi siapkanlah sarana pengangkutan awam yang murah dan efisyen serta boleh diharap. Jangan jadikan KEPERLUAN AWAM seperti pengangkutan, elektrik dan bekalan air sebagai satu perniagaan untuk dasar keuntungan tetapi jadikanlah itu satu khidmat yang wajib bagi sebuah kerajaan. 

Sedarkah Datuk Seri, di sebalik penerimaan itu bukan kerana kerelaan tetapi kerana mereka terpaksa mencara jalan survival kerana sandaran mereka kepada Kerajaan sudah tidak berguna lagi. Nenek tua yang patut berehat terpaksa menjaja untuk tidak rasa membebankan anak-anaknya yang menjaga beliau. Berapa ramai anak jadi yatim kerana bapanya maut dalam kemalangan motorsikal kerana mengantuk membuat kerja tambahan sehingga 20 jam sehari? Berapa ramai anak-anak yang rosak akhlaknya kerana ibu bapa terpaksa kerah tenaga bekerja siang dan malam? Berapa ramai anak-anak yang terpaksa menukar ruji mereka dari nasi kepada bubur lembik? Berapa ramaikan bapa-bapa marhaen akan dipenjara kerana mencuri susu di pasaraya kerana anak kecilnya menangis kehabisan susu? Berapa ramaikah adik beradik berbunuhan kerana kesempitan ruang hidup? Berapa ramaikah suami dan isteri yang bercerai kerana kehidupan sudah jadi terlalu mahal untuk kekal bersama. 

Datuk Seri tak mungkin tahu perkara ini. Kerana ayah, atuk dan keturunan Datuk Seri ialah orang Bangsawan. Bukan Marhaen yang melarat. Tidak salah jika saya sarankan Datuk Seri untuk belajar dan mungkin bekerjasama dengan individu yang memimpin dalam miskin seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya yakin, jika tiada sekatan pembangunan dari kerajaan pusat, saya yakin cara kepimpinan TGNA mampu ubah Kelantan menjadi negeri termaju. 

Bangsawan dengan bangsawan, Marhaen dengan marhaen. Jika makan berpinggan emas, masakan tahu erti tidur berbumbung langit. 

Turunlah ke bawah seperti Khalifah Ummar lakukan....secara DIAM, sembunyi dan tidak dikenali. Jika turun padang Datuk Seri dengan rombongan sekapal dan gempita siren-siren polis pengiring, orang buta pun akan tahu PM yang datang.

Datuk Seri, bukannya marhaen tidak berjimat. Sudah habis susu anak berganti air sirap kurang gula kami berikan anak-anak kami yang menangis. Bukan juga marhaen malas, kerana marhaen sampai sudah hampir 24 jam bekerja. Jika tidur itu tidak wajib, 24 jam itu marhaen akan bekerja. 

Bertimbang taralah... 

Datuk Seri pembuat keputusan tertinggi di Malaysia. Input kepada percaturan keputusan Datuk Seri ialah informasi yang diberi. Jika informasi tidak telus, maka keputusan Datuk Seri pun akan jadi zalim juga. 

Pentadbiran Datuk Seri terlampau mahal dan sesuap makanan Datuk Seri ialah sebaldi peluh marhaen. Bil Elektrik Datuk Seri setahun boleh menghantar 50 orang anak-anak Marhaen menjadi doktor yang tidak berhutang dengan PTPTN. Mungkin juga jika benar desas desus akan beg tangan Datin Seri yang mahal itu, untuk setiap satu beg tangan itu bernilai lebih dari pendapatan seumur hidup beberapa orang marhaen. 

Datuk Seri, tak mengapa jika Wawasan 2020 tidak dicapai pada tahun 2020. Apalah guna jika dicapai tetapi kekayaan negara tidak dapat dirasai bersama, yang miskin terus tertolak tempatnya dari daratan negara. 

Datuk Seri, MALAYSIA BELUM AMAN. MALAYSIA BELUM MAJU. 

SAIFUL NANG
Orang Marhaen

//nota tambah : Datuk Seri kalau baca, saya nak ingatkan haritu ada minta nak jumpa Datuk Seri tanpa pelobi-pelobi projek seperti di Jibby & Co dulu. Saya bersama sekumpulan marhaen yang sudah buktikan kebahagian dan kemakmuran negara tidak bermodalkan duit sangat. Datuk Seri boleh menang majoriti 2/3 pun kalau cepat tahu caranya. Tapi tu lah...kami ni Marhaen kan, lama dah minta jumpa tak dapat-dapat juga. Saya pun tak suka jadi keyboard warrior berdegar-degar di laman sosial jika dapat berdepan dan berhadap. 

///saya bukan orang politik. Saya bukan benci Datuk Seri, bukan juga benci kerajaan dan tidak juga penyokong Anwar Ibrahim jauh sekali bernadikan PERKASA...tetapi saya menulis sebagai MARHAEN MALAYSIA.

Aku rela jadi bodoh dari kalian

Kita bising minyak naik Rm0.20
bukan kerana kita benci Malaysia.

Kita bising minyak naik bukan
kerana kita tak mampu bayar.

Tapi...

Kita bising sebab janji tak serupa
bikin.

Kita bising sebab kesiankan rakyat
marhaen.

Memang kita berduit.

Memang kita berharta.

Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling.

Ada yang bekerja teruk
terkontang kanting.

Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun
kwsp.Kerjanya keluar pagi balik
dinihari.

Dan kalian pula berbicara indah
persis pujangga metropolis?

Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?

Ya...
Sembang kalian sembang mereka
yang berharta.

Sembang kalian sembang orang
yang penuh wibawa.

Sedangkan ada mereka yang
facebook pun tiada.

Motor buruk hanya tunggu masa.

Kerja lebih kuat dari si sarjana
muda.

Kerja lebih ikhlas dari si phd
mahupun master.

Hanya untuk mulut mereka
sekeluarga.

Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak
berusaha di zaman muda.

Tapi adakah kita berilmu untuk
menjadi penindas mereka?

Kalau itu sistem kehidupan.

Aku rela jadi bodoh dari
kalian.

Kerana aku taknak hilang
perikemanusiaan.

Minyak naik 20 sen, bersediakah?!

Are We Ready...??!!

★Beli minyak 20 liter sebelum pukul 12 tengah malam
= RM2.10 × 20 liter
= RM42

★Beli minyak 20 liter selepas pukul 12 tengah malam (02 Oktober)
= RM2.30 × 20 liter
= RM46 (Beza RM4.00 setiap isian)

★ Beli minyak 20 liter pada 01 April 2015
= RM2.30 × 20 liter
= RM46 + 6% GST
= RM48.75 (Beza RM6.75 setiap isian)

Monday, September 29, 2014

berBALOIkah keUNTUNGan semata-mata?


Dalam duk bersembang dengan kawan-kawan sebelum zohor, tercerita yang k.Dah ni ambik Shaklee..
Kebetulan kawan ni preggy, cadang la ngan dia,jom la try shaklee utk preggy ni..

"Dah makan dah K.Dah, mak pun makan, berak cair, sampai hijau yang kuwar. Mak siap minum air garam"

"Eh! Ambik aper tu?"

" Lupa dah, beli kat farmasi la...makgout, dia kata cuci darah, gizi seimbang, untuk tulang, semua la ada dalam tu"

" Kalo GOUT, biasa K.Dah cadang Omega, Alfalfa..." tak sempat abis ayat,

"ha!! Alfalfa, alfalfa tu la...tak nak makan dah...tak daya nak gi tandas"

"Hihi..ambik berapa biji, 10 biji?" dah boleh agak dah kenapa cirit..

"Ha..yer la...ambik 10 biji, farmasi tu suh makan 10 biji. Lepas makan, mak terus berak-berak..mak tanya kenapa ni...saya pun try makan, pun sama..nak nangis kalo ingat balik..
Mak tak nak makan lagi dah..mak nak jaga budak-budak..orang mintak tolong mak ajaga anak depa, tak jadi kerja kalo asyik ke tandas jer"

K.Dah gelak jer...bukan tak simpati..
Tapi dia dah terkena..
bukan salah Alfalfa, tapi salah diberitahu cara makan..

"Kalo K.Dah, K.Dah cadangkan ambik 2biji jer dulu, selepas 3 hari, ambik 3 biji, selepas 3 hari, ambik 4 biji, sehingga jumpa dos yang sesuai dengan tubuh kita. Asalkan tidak melebihi 10biji sehari"

"Ok, nanti nak bagitau mak"

'Sambung la makan, rugi la..alfalfa tu bagus, cara makan jer kena tukar sikit"

##################


Nampak tak kesan bila hanya ingin JUAL, tapi tak pedulikan kesannya kepada orang ramai.
Kesan NEGATIF;
  1. Sepatutnya pengguna mendapat nilai kesihatan yang lebih baik, tetap[i mereka tidak akan mendapatnya
  2. Memberi imej buruk kepada syarikat, pengguna menjadi serik untuk menggunakan produk itu lagi.
  3. Tiada nilai kebajikan dalam amalan, kerana hanya mengejar keuntungan semata.

Saya pengedar sah Shaklee,
Sentiasa komited menambah ilmu mengenai produk,
Sentiasa bersemangat ingin membantu untuk memperbaiki kesihatan,
Sentiasa ingin menambah nilai kehidupan diri dan orang lain.

Siti Faridah binti Muda
013 949 3257

Saturday, September 27, 2014

Nilai Dunia

Ini adalah gambar yang diambil secara langsung dr atas, unta ini di padang gurun ketika matahari terbenam. Ia dianggap sebagai salah satu gambar yang terbaik tahun ini oleh National Geographic. Lihat dengan teliti, unta adalah garis-garis putih yang kecil dalam gambar. Hitam yang anda lihat hanyalah bayang-bayang !!

Besarkan gambar.

Teringat pengajaran seorang murabbi,

Dunia ibarat bayang-bayang yang tidak bernilai..

Hari ini ku fahami katanya.

Antara realiti dan bayang-bayang, size bayang-besar kelihatan lebih menonjol dari objek asal.

Bayangkan bayang-bayang dunia yang ingin kita peluk,
Bayangkan nilai bayang-bayang..KOSONG.

Itulah yang kita kejar hari demi hari..

Thursday, September 25, 2014

Berbakti kepada ibu bapa

Sebuah teksi berhenti dibelakang kereta isteri saya yg menghantar saya untuk rawatan.Driver teksi keluar mengambil wheel chair kerana orang tua yg dibawanya tak berupaya berjalan.

Saya tolong menyorong ke dalam dan duduk disebelahnya."Saya tengok Tn Hj selalu dihantar oleh teksi,tak ada anak ka?Soal saya memula bicara.

"Isteri dah meninggal.Anak dah kerja dan dah kahwin,tinggal berasing.Saya tak mahu suruh anak hantar kerana saya takut mereka berdosa kerana menolak,memberi alasan,atau menghantar dg masam perasaan.Biarlah saya upah teksi."Dia diam sejenak.Saya dah bersedia mendengar luahan hatinya.

"Sekarang saya sedar,kita bela anak untuk menyenangkan hidupnya.Jangan mengharap untuk menyenangkan hidup kita."Dia mula mengesat air mata.
"Dosa berkata uuh! pun sudah cukup besar pd seorang anak,inikan mula menolak,memberi alasan dan bermuka masam bila diminta sesuatu.Biarlah,saya anggap saya sudah menamatkan tugas memelihara mereka.Biarlah mereka merenangi hidup tanpa diganggu."

Allahuakbar!.Saya pula yg menitis air mata

Kata-katanya benar benar meredupkan hati saya.Bukan tak pernah menolak permintaan ayah,bukan pernah memberi alasan utk tidak menunai permintaannya,bukan tak pernah bermasam muka dgnya.Ya.Allah.Orang tua ini bukan sahaja berjaya menunai tanggungjawabnya,tetapi melakukan lebih lagi dg mengelak anak anak terjerumus dosa.

Ayah dan emak siapa juga, akan mengorbankan seluruh kudrat yg ada demi kesejahteraan anak, yg lahir bukan atas paksaan tetapi naluri yg tuhan jadikan.Jauh disudut hati mereka mengharap anak anak tempat bergantung dihari tua.Tetapi bagai dikata oleh orang tua yg saya temui,akhirnya bila zaman berubah, banyak anak yg terlupa,yg teralpa bila sibuk mengejar dunia,ada anak yg hilang pertimbangan antara bapa yg telah tak berupaya serta memerlukan kasih sayang dengan dunia yg perlu dihambat.Bapa yg baik akan meneruskan pengorbanannya seperti orang tua yg saya ceritakan,sehingga akhir hayatnya.

Berhentilah memberi alasan kpd ibu dan bapamu kerana mereka tak pernah memberi alasan utk memenuhi permintaan mu kecuali bila mereka benar-benar tidak berupaya!!

Rabbil figrli waliwa lidayya war'hamhuma kama robbayana soghiro.
C &P
Like & Share

Ya ALLAH,
Jangan ENGKAU jauhkan ibu bapaku dari pandangan RAHMATMU,

Ya ALLAH,
Berikan aku kesempatan menunaikan tanggung jawabku terhadap ibu bapaku,

Ya ALLAH,
Jangan ENGKAU palingkan hatiku dari terus menyintai mereka yang telah mengorbankan hidup mereka demi melihatku berjaya...

Aameen..

MASKER dari bahan di dapur

Masker:

1. 1/2 sudu teh Madu + 1 sedu teh telur putih + 1/2 sudu teh ESP, letak dalam 1 bekas

2. Gaul sebati, oleskan masker pada muka dengan 2 jari sahaja, jari hantu dan jari manis
Pastikan guna tangan yg betul pada bahagian muka yang betul,
Tangan kanan untuk muka sebelah kanan, tangan kiri untuk muka sebelah kiri.

JANGAN guna satu tangan sahaja untuk kedua-dua belah muka.Tindakan ini boleh menyebabkan kulit anda menjadi kusam.

3. Tunggu sehingga kering, bersihkan sebaiknya. Anda dapat lihat liang pori muka kecil. Semakin kecil pori anda, anda tampil semakin gebu.

4. Amalkan 3 kali seminggu.

Mudahkan?

Hanya guna bahan yang telah tersedia di dapur, anda telah menjimatkan bajet SPA anda!

#kalo buat terlebih, saya pakai jer masker ni 3,4 kali sehari..hihi

Kicap guna botol ARAK??

Kicap yang berlabelkan Hak Kerajaan mula menjadi viral pengguna aplikasi What's App.
Rata-rata mereka berkongsi kisah botol kicap yang hangat ni..

Kicap ini merupakan keluaran khas untuk angkatan tentera.
Kicap ini menjadi perhatian kerana menggunakan botol yang terpahat jenama arak terkenal CARLSBERG.

Saya turut bertanyakan hal ini dengan beberapa orang sahabat yang merupakan anggota tentera,
Mereka sendiri tidak pernah melihat jenama Sofia's ini..

Jika benar sebagaimana yang kita lihat,
Pembekal sangat tidak mengambil kira sensitiviti anggota tentera yang beragama Islam..
Sangat menyedihkan...

Botol tersebut tidak bersalah atau haram digunakan sebagaimana dakwaan sesetengah blogger,
Cuma sangat tidak manis jika botol arak dilihat di rumah seorang Muslim.

Semoga perkara ini mendapat perhatian sewajarnya dari pihak berkuasa..

Tuesday, September 23, 2014

Uniform Muslim Krew MAS

Tahniah buat MAS, yang membuat penampilan berbeza untuk jemaah haji,

Semoga akan bermula titik tolak ke arah perubahan yang lebih baik.

Kejadian2 malang yang berlaku bukanlah kebetulan semata,
Tapi ada PERANCANGnya,

Dengan mengikut apa sahaja arahan dariNYA,
Semoga kita terhindar dari segala mara bencana,
Dan hidup kita sentiasa dipayungi RahmatNYA.

Sunday, September 21, 2014

Cara bakar kalori

Wahh! Syok tak tengok kek ni..

Dapat 1 slice pun cukup la..rasa sejuk jer kat tekak, syok syok for cheese cake!!

Anggaran kalori untuk sekeping cotton cheese cake lebih kurang 400kcal..

Aiyark!! Banyak tu..

Untuk bakar kalori ni,
Anda ada beberapa pilihan..

Jogging selama 40 minit

Berlari anak mix berjalan selama 50minit

Skipping  500 kali

PALING BEST!!
TABATA HIT selama 10 hingga 20minit akan membakar 800 hingga 1000kcal!

Jadi, anda boleh nikmati makanan kegemaran anda tanpa risau lagi,
Bakar kalori yang telah di ambil dengan cara yang anda senang...

Jom! Makan dengan ilmu untuk SIHAT

Thursday, July 24, 2014

DOA SEPANJANG TAHUN

Doa selepas Tarawih yang menusuk kalbu.

Selepas solat Witir tadi, imam membacakan doa dalam Bahasa Melayu. Memang amat jarang sekali kita dengar imam baca doa dalam Bahasa Melayu. Amat tersentuh, menitis air mata apabila imam membacakan doa. Sewaktu moreh saya tanya imam, ambil mana doa tadi, (JAKIM ke, Majlis Agama ke fikir saya dalam hati). Dia kata dia buat sendiri. Lalu saya minta dia hantarkan doa tersebut untuk tatapan kita, semua.

Sila baca dengan teliti dan penuh syahdu. Di bawah doanya;

MUNAJAT RAMADHAN…

Ya Allah…ya Rahman…ya rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu ya alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu byk dosa kpdMu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kdpMu ketika senang, kami ingat pdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sdh tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa melalaikan kami daripada mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mengalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa d syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….

Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh…golongkanlah mereka dlm org2 kau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu ya Allah…

Ya Allah ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…ya rahman…ya Rahim..
Jika ada diklgan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln kluar kpd mereka, jika ada d klgn kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bsama kami. Jika ada dklgn kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jdkanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…

Ya Allah ya malikal mulk…

Ya Razak..ya fattahu ya alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg dberkati. dan jdkanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jdkan kami drp gol yg lupa diri setelah mndapat kurniaannMu.

Ya Allah….
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jdkanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dr segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah ya zal jalali wal ikram…

Ya Allah….Jgnlah kau jdkan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akn dtg…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jdkankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jdkanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jdkanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal d mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubah kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi…kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…
##################

Jom beramal, walaupun dalam doanya ada mengenai lailatul qadar, tak salah kita buat permintaan sepanjang tahun, kan?

peserta sukan berlatih bertahun2 agar terpilih ke acara hebat,

begitu jika nahukan BONUS paling hebat, sudah tentu memerlukan latihan sangat hebat...

SUMBER

Tuesday, July 22, 2014

TEMBIKAI = ELEKTROLIT

TEMBIKAI = ELEKTROLIT

Tembikai terdiri daripada 92% air dan elektrolit. Justeru, ia membantu kita mengurangkan masalah kekurangan air terutama ketika tubuh banyak berpeluh atau berpuasa.

Buah ini mengandungi potasium yang menyingkirkan unsur toksik dari tubuh di samping mengurangkan peratusan asid urik dalam darah.

Biarpun manis, ia rendah kalori manakala kandungan airnya pula tinggi lantas membantu mereka yang mahu mengurangkan berat badan.

Jadi, jika terasa ingin menguyah kuih manis yang kebanyakannya tinggi kalori itu, bertukarlah kepada tembikai yang membekalkan khasiat serta air untuk tubuh..

haa! tapi buah tembikai cepat rosak selepas di potong,
apa pilihan yang saya ada?!

saya memastikan PERFOMANCE Drink sentiasa ada di dapur saya.
mudah, cepat, sihat dan selamat..

Monday, July 21, 2014

TESTIMONI VIVIX

testimoni yang membantu mengurangkan beberapa masalah..
mahal?!
barang baik, kan..
hasilnya pun TERBAEEKK..
cepat, dh nak habis promo ni...
013 9r9 3257

Tuesday, July 1, 2014

PUASA DAN MENYUSU

Kerisauan ibu-ibu yang  menyusukan anak ketika bulan puasa adalah bimbang pengeluaran susu berkurangan untuk stok si manja. Pelbagai persoalan bermain di kepala sebelum kedatangan bulan Ramadhan. 

Bolehkah saya berpuasa?
Adakah susu saya akan berkurangan?
Nak makan apa untuk berbuka da bersahur?

Adakah anda juga ibu-ibu yang pertama kali menyusu yang berada dalam dilema berikut. Jangan risau! Hakikatnya anda boleh terus berpuasa penuh tanpa perlu risau kekurangan pengeluaran susu tetapi dengan syarat perlu mematuhi garis panduan berikut:

✒ Disiplin waktu makan
----------------------------
Ibu menyusu memerlukan kalori tambahan sebanyak 700 kalori sehari. Sebanyak 500 kalori diambil daripada makanan ibu dan 200 kalori diambil daripada lemak dalam tubuh ibu. Oleh itu walaupun berpuasa, pastikan tetap makan tiga kali sehari iaitu sahur, berbuka dan sebelum masuk tidur. 

✒ Kurma,kurma,kurma
---------------------------
Makanan sunnah ini terkenal sebagai sumber tenaga segera kepada badan. Kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A & C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. Maka, jangan sesekali tinggalkan buah kurma sepanjang berpuasa. Ia amat sesuai untuk ibu menyusu. 

✒ Makanan seimbang dan suplemen
-------------------------------------------
Pastikan ibu berbuka dan bersahur dengan mengambil makanan seimbang seperti karbohidrat, protein dan lemak.  Contoh makanan seperti nasi atau mee semasa berbuka dan bersahur, roti, biskut, kuih-muih sebelum tidur. Pengambilan supleman untuk ibu menyusu turut membantu memberi tenaga dan mengekalkan penghasilan susu. 
✒ Minum banyak air
------------------------
Keperluan cecair oleh ibu menyusu sangat tinggi. Sebanyak dua liter diperlukan sehari. Bagaimana hendak minum banyak sedangkan seharian berpuasa? Mulakan minum air masak sejak berbuka sehingga bersahur dan menjelang imsak. Tip mudah, letakkan sebotol air di tepi katil supaya anda boleh minum pada bila-bila masa sepanjang malam. Selain air masak, minuman yang disarankan adalah jus buah-buahan, minuman bersusu dan berbijirin. Elakkan minuman berais terutama ketika berbuka dan bersahur kerana menyebabkan kita cepat dahaga. Minuman suam membantu melancarkan pengeluaran susu ibu. 
✒ Bertenang dan yakin
---------------------------
Secara psikologi, minda anda turut mempengaruhi penghasilan susu ibu. Oleh itu jangan terlalu tertekan memikirkan susu akan berkurangan. Tekanan akan mempengaruhi hormon oksitosin yang mengeluarkan susu ibu. Banyakkan berdoa agar segalanya dipermudahkan Allah. 
✒ Kerap menyusu dan mengepam
----------------------------------------
Ibu perlu ingat dengan formula semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu dikeluarkan. Bagi ibu yang bekerja, semakin kerap mengepam, semakin banyak susu dihasilkan. Maksudnya, semakin banyak susu dikeluarkan maka semakin kerap payu dara dikosongkan maka semakin banyak susu akan dihasilkan. Oleh itu walaupun berpuasa tugas mengepam dan menyusukan anak perlu diteruskan. Jangan bimbang susu akan kering, kerana semakin anda tidak mengepam dan menyusukan bayi, susu akan berkurangan sedikit demi sedikit. Kurangnya pengeluaran susu bukan disebabkan ibu berpuasa sebaliknya kurang rangsangan sama ada menyusukan terus atau mengepam. 

Sunday, June 29, 2014

♥ MENU ISTIMEWA RAMADHAN ♥

  Assalamualaikum, Ramadhan Kareem..
Selamat berpuasa untuk semua..

Bila masuk puasa, ibu hamil dan ibu menyusu kebiasaannya agak rungsing, macam mana la nak produce susu, boleh ker, cukup ker..?

itulah persoalan yang bermain di minda saya masa baby berusia3bulan ari tu..masa tu memang nekad nak fully susu ibu..

Seorang biras bagi petua, rendam kurma kurma dalam susu selama setengah jam, kemudian, habiskan susu n kurma. Tak kisah susu apa pun, dia buat susu pekat manis tu haa...

Apa sahaja petua yang saya dengar, saya buat..mula buat sebelum puasa, memang rasa kenyang..

Masa tu, anak sulong berusia 17 bulan, anak ke 2 baru 3bulan, boleh bayangkan macam mana terkejar2nya saya, sahur dan berbuka tak tau ke mana, bangun masak nasi dan panaskan lauk, kejutkan suami, dengan baby sekali terjaga, bila terjaga memang nak melekat jer la...

Sebenarnya bukan waktu sahur jer, waktu buka pun mcm tu, time orang azan tu la dia merap, tak nak bagi dia merap, nangis, kena melekat jer la...buka ngan buah2 mcm tu jer, baby dh lali2, bangun solat jap, sambung balik, dengan saya sekali terlena, isyak dan terawih pagi esok, masa masak sahur tu..

Rasanya semua ibu mengalami pengalaman yang sama jika anak rapat, kan..?

oleh kerana waktu sahur terhad, saya tak sempat nak ambik nasi, saya tambah oat dlm susu tu,
HASILNYA, susu yang melimpah, bukan overclaim yea, ni pengalaman saya...hihi

 Kat sekolah memang saya pam susu untuk stok, waktu asar, jika masih tak ambik baby dari rumah pengasuh, susu akan keluar sampai lencun,

Sebab 2 anak masih kecil, saya terpaksa gilirkan waktu ambil mereka, sama2 membesar dan sama2 menagih perhatian, kalo hari ini kakak balik awal, esok giliran adik yang balik awal, pengasuh yang berbeza..kalo ambil serentak, kakak la akan terabai..kesian dia...terpaksa la saya buat jadual macam tu...


Kakak berusia 15bulan ketika menerima kehadiran adik
  Ok, hari ini, setelah mereka membesar, saya nak kurus plak,jadi saya aplikasikan semula cara bersahur yang lama dulu, kalo untuk ibu menyusu pun boleh tahan, apa lagi ibu tak menyusu, ye tak?


Masukkan 5 biji kurma bersama 3 sudu oat

Masukkan air panas, kacau2 sikit


Haa, nak bagi cepat sejuk, saya rendam dalam air..
Kenapa saya tak campurkan air sejuk dalam air tu?
SEBAB, abah saya kata, kalo campurkan air panas dengan air sejukkan, nak suh dia suam or cepat sejuk, nanti kencing tak lawas..
tak tau la sejauh mana kebenarannya, tapi saya tak nak la benda tu berlaku...
 
   
 Bila air dh suam2, masukkan cinch shake, skang baru ambik cinch shake, masa beranak kecik dulu, guna susu jer, tak kenal lagi Shaklee ni...

Shake, shake, shake dan shake
 
  Habiskan kurma ni yea, kalo rasa x boleh nak makan kurma separa kembang, boleh blend dulu kurma, kemudian campurkan ke dalam oat tadi..
 
 Akhir sekali, saya ambil Perfomance drink, ala2 minuman isotonik, mengelakkan dehidrasi, skang kan fenomena el nino, cuaca kering panas.

Alhamdulillah, 1st day puasa saya, penuh dengan tenaga..


Siti Faridah binti Muda
013 949 3257





Thursday, June 26, 2014

KOLESTROL?!

Jom minum petang...

bubur kacang jer buat sendiri, yg lain beli..
kebetulan ada kawan datang, tu yg jd beraneka..
segan plak nk hidang bubur kacang sahaja..hihi
bagi yang jaga diet, makanan ni agak menakutkan..
banyaknya kolestrol,
santan yang dipanaskan, pisang goreng, tapai goreng, cokodok pisang, cek mek molek...
waahhh..seramnya..!!
tapi, saya tak takut,

sebab dh ada PHYTOCOL,
telan 2bj phytocol, n nikmati hidangan tanpa risau lagi...♥♥

Tuesday, June 24, 2014

Assalamualaikum..
selamat bersiaran, 

oleh kerana puasa semakin dekat, cuaca plak panas terik, ramai yang sudah mula membayangkan 'kering tekak' sepanjang berpuasa.

Tahun lepas, saya mula mengamalkan minuman ini ketika bulan puasa. Bulan lain pun ambik jugak, namun pada bulan puasa, bekalan minuman orang naik basikal ni tak pernah putus. Mak mentua saya pun suka minum ni..

Apa kaitan atlet dan puasa?
Hihi, kan atlet banyak mengeluarkan peluh, badan depa cepat kering, orang puasa plak tak minum air, badan pun jadi kering jugak..kering sebab tak cukup air..

sebab tu la minuman sinonim ngan puasa..puasa lagi..kiki

macam skang, fenomena elnino, cuaca panas, badan berpeluh memanjang, pun sesuai ambik ni, sebab dia tolong mengekalkan bendalir dalam badan..mengekalkan tenaga, walaupun badan dh kekurangan air.

Meh berkenalan sikit dengan minuman ni...



Penghilang Dahaga untuk Si Juara
Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Tambahan pula, Performance® mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat kami dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal
Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance® Shaklee dapat:
  • Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
  • Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
  • Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Dapatkan yang Terbaik, Serlahkah yang Terbaik
Nutrisi untuk para atlet sukan Shaklee memberikan apa yang tubuh anda perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal dapat membantu anda bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.

Jaminan Ketulenan Shaklee
Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Farid dahlia
013 949 3257
Souq On Line 

SELAMAT DATANG